Owner Post Them Follow Dash



Umome Buddyz's Blog;

Hello!


Hello and welcome to our blog
We pour our heart and thoughts here
Best Buddyz Umome

Tagboard

⊰Chit Chat⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.


Leader: Manchoi and Umbreson
Member 1 : MaisarahJasnih
Member 2: Nur Fateha Ismail
Member 3: Osean Sidani

SISTEM DEMOKRASI DAN RAJA BERERLEMBAGAAN

Salam perpaduan.. Hari ini saya akan berkongsi pandangan tentang sistem  pemerintahan kerajaan Malaysia iaitu sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tahu mengenai negara kita, cintailah Negara kita. Hihihi.. Tak perlulah saya bercakap panjang lebar, jom kita sama-sama menerokai sistem kerajaan Negara kita. Okey!



Sistem demokrasi berparlimen






Okey, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem ini bermaksud kerajaan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Jadi kita mempunyai hak untuk menentukan pemimpin kita. Erti kata lain, sistem demokrasi kita berteraskan konsep “kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat”. Sebagai negara demokratik, Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa. Apa itu doktrin pengasingan kuasa? Doktrin pengasingan kuasa bermaksud kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan bebas:






Doktrin pengasingan kuasa Malaysia berbeza daripada yang asal. Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam tiga badan bebas tersebut.


Ciri-ciri demokrasi Malaysia:
1. Ada pilihan raya
2. Pilihan raya adalah bebas
3. Rakyat tidak wajib mengundi
4. Undi adalah sulit
5. Kebebasan bersuara
6. Pihak yang memperoleh undi majoriti akan membentuk kerajaan

Dua elemen penting dalam sistem demokrasi berparlimen:-
- Pilihan raya
-berperanan menentukan pemimpin negara


Pilihan raya di Malaysia diadakan lima tahun sekali kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.



  
  
  
  
Parlimen
- badan penting dalam pelaksanaan dan perjalanan proses demokrasi Malaysia. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.






Raja berperlembagaan

Raja berperlembagaan di Malaysia diinstitusikan melalui Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara. Raja berperlembagaan bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Pemerintahan negara dilaksanakan oleh Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia, Yang di-Pertuan Agong sendiri tertakluk kepada perlembagaan ini.

Yang di-Pertuan Agong 
  1. Dilantik lima tahun sekali
  2. Dipilih daripada sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir.
  3. Pemilihan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia



Kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong:-

1. Negeri Sembilan
2. Selangor
3. Perlis
4. Terengganu
5. Kedah
6. Kelantan
7. Pahang
8. Johor
9. Perak



  Turutan Yang di-Pertuan Agong





Kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong:-

1) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain
2) Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka,Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan
3)  Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara




Tengkolok Diraja: alat lambang kebesaran Diraja





OSEAN SIDANI SAMPE
07DKA14F1088