Hello! Hello and welcome to our blog We pour our heart and thoughts here Best Buddyz Umome Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. ![]() ![]() |
SISTEM DEMOKRASI DAN RAJA BERERLEMBAGAAN Sistem demokrasi berparlimen Okey, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem ini bermaksud kerajaan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Jadi kita mempunyai hak untuk menentukan pemimpin kita. Erti kata lain, sistem demokrasi kita berteraskan konsep “kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat”. Sebagai negara demokratik, Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa. Apa itu doktrin pengasingan kuasa? Doktrin pengasingan kuasa bermaksud kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga badan bebas: Doktrin pengasingan kuasa Malaysia berbeza daripada yang asal. Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam tiga badan bebas tersebut. Ciri-ciri demokrasi Malaysia: 1. Ada pilihan raya 2. Pilihan raya adalah bebas 3. Rakyat tidak wajib mengundi 4. Undi adalah sulit 5. Kebebasan bersuara 6. Pihak yang memperoleh undi majoriti akan membentuk kerajaan Dua elemen penting dalam sistem demokrasi berparlimen:- - Pilihan raya -berperanan menentukan pemimpin negara Pilihan raya di Malaysia diadakan lima tahun sekali kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya. Parlimen - badan penting dalam pelaksanaan dan perjalanan proses demokrasi Malaysia. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Raja berperlembagaan Raja berperlembagaan di Malaysia diinstitusikan melalui Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara. Raja berperlembagaan bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Pemerintahan negara dilaksanakan oleh Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia, Yang di-Pertuan Agong sendiri tertakluk kepada perlembagaan ini. Yang di-Pertuan Agong 1. Dilantik lima tahun sekali 2. Dipilih daripada sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir. 3. Pemilihan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong:- 1. Negeri Sembilan 2. Selangor 3. Perlis 4. Terengganu 5. Kedah 6. Kelantan 7. Pahang 8. Johor 9. Perak
Turutan Yang di-Pertuan Agong
Kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan kepada Yang di-Pertuan Agong:- 1) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain 2) Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka,Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan 3) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara
Tengkolok Diraja: alat lambang kebesaran Diraja
OSEAN SIDANI SAMPE 07DKA14F1088 SISTEM DEMOKRASI DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Thanks sebab sudi mengunjung blog kami yang tak seberapa ini. Kata Orang Blog kampung2x lah.. Hehehehe Kita semua Rakyat malaysia ? Right ? Tapi masih ramai yang tak kenal tentang sistem pentadbiran negara kita. kan? Untuk maklumat anda semua Negara Kita Mengamal sistem Demokrasi berperlimen dan Raja berperlembagaan dalam mtadbir negara kita yang tercinta ini. Demokrasi berparlimen. Sistem ini merupakan 1 sistem demokrasi yg YDPA sebagai Ketua Negara. Sistem ini mengamalkan prinsip suara rakyat dimana pilihan raya dilakukan untuk pemilihan wakil rakyat dan pemimpin negara melalui undian rakyat dengan ini rakyat akan merasa lebih dihargai sebagai anak jati negara Malaysia yang boleh bersuara. Selain itu, sistem ini terdapat 3 komponen iaitu : 1. Yang Di pertuan Agong (YDPA) 2. Dewan negara 3. Dewan rakyat BAHAGIAN PEMERINTAHAN Raja Berperlembagaan Merupakan sistem beraja yang mengikut perlembagaan. Dimana Raja akan bertindak mengikut nasihat Perdana menteri atau boleh juga bertindak sendiri tapi itu pun kalau perlukan budi bicara Baginda. Untuk maklumat kamu semua la kan. Jawatan raja ni dipilih secara bergilir-gilir dari kalangan 9 raja dari 9 buah negeri. Dengan adanya sistem ini, ia mampu memudahkan dan memantapkan sistem beraja dalam menaungi rakyat dan negara. MANSYUR WAHYUDDIN 07DKA14F1074 RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN Raja berperlembagaan merupakan sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua Negara. Raja berperlembagaan yang moden selalunya menggunakan konsep politik tiga serangkai. Politik tiga serangkai ini bermaksud raja merupakan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif. Kuasa Raja juga adalah terhad oleh perlembagaan Negara. Monarki mutlak bermaksud seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh. Zaman sekarang, Raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu kerajaan masih di bawah kuasa rakyat tetapi Raja mempunyai peranan tradisiional di dalam sesebuah Negara. Hakikatnya, Perdana Menteri iaitu pemimpin yang dipilih rakyat, yang memerintah Negara dan bukannya Raja. Ada juga Raja berperlembagaan yang berlandaskan sistem perwarisan atau mewarisi takhta, manakala yang lain adalah melalui system demokratik seperti di Malaysia , yang mana Yang di Pertuan Agong adalah di pilih oleh Majlis raja-raja setiap lima tahun. Yang di Pertuan Agong Yang di Pertuan Agong merupakan seorang Raja berperlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh perlembagaan. Di Malaysia, Yang di Pertuan Agong berada di kemuncak ketiga-tiga bidang iaitu kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Yang di Pertuan Agong tidak boleh didakwa dlam mana-mana mahkamah kecuali mahkamah khas. Yang di Pertuan Agong juga merupakan lambing kedaulatan dan perpaduan Negara. Pemilihan Yang di Pertuan Agong - Daripada kalangan Sembilan orang raja dari Sembilan buah negeri melayu yang mempunyai raja oleh Majlis raja-raja melayu -Setiap Raja boleh dipilih menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih. DEMOKRASI BERPARLIMEN Demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dengan rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih. Amalan demokrasi ini dilakukan melalui pilihan raya bagi memilih wakil-wakil dalam badan perundangan dan berperanan untuk membentuk kerajaan dan menjalankan pemerintahan. Rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihan raya umum. System ini berkonsepkan ‘kerajaan rakyat’ oleh rakyat dan untuk rakyat. Terdapat dua jenis bentuk kerajaan demokrasi iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Kita sendiri tahu di Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen menetapkan Raja atau Perdana Menteri mempunyai simbolik. Semasa menjalankan pilihan raya, parti politik yang mendapat kerusi majoriti di dewan rakyat akan mengetuai pentadbiran Negara. PERUNDANGAN (LEGISLATIF) Kuasa legislative persekutuan terletak pada parlimen yang mengandungi Yang di Pertuan Agong dan dua majlis yang di namakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Pentadbiran perundangan di peringkat persekutuan selalunya di pegang oleh perdana menteri ahli-ahli cabinet dan ahli-ahli parlimen yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Di peringkat kerajaan negeri pula, tugas pentadbirannya dijalankan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri, majlis mesyuarat kerajaan negeri serta ahlli dewan undangan negeri. PENTADBIRAN (EKSEKUTIF) Kuasa pentadbiran terletak pada Yang di PErtuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan jadual kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Oleh itu, kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri cabinet yang dilantik. KEHAKIMAN (JUDISIARI) Doktrin pengasingan kuasa meletakkan badan kehakiman ada kebebasan dari campur tangan. Kebebasan kehakiman tentang jawatan dan pendapatan adalah terjamin mengikut perlembagaan. NURFATEHA ISMAIL 07DKA14F1076 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
Hi semua, apa khabar? sihat? jom kita terokai tentang demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. enjoy!
DEMOKRASI BERPARLIMEN
› Malaysia mengamalkan system demokrasi iaitu kerajaan dipilih oleh rakyat
› Mandat daripada rakyat ini diterjemahkan ke dalam ruang lingkup pentadbiran amali melalui 2 elemen penting iaitu:
Ø Pilihanraya
Ø Parlimen
Bentuk Parlimen
Ø Dua bentuk/struktur Parlimen
Ø Unikameral iaitu Parlimen yang mempunyai satu dewan sahaja.
Ø Bikameral iaitu Parlimen yang mempunyai dua buah dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia, atau House of Common dan House of Lord di England atau House of Representative dan House of Senate di Amerika Syarikat.
Pilihanraya Malaysia
> Pilihanraya ialah satu kaedah untuk memilih calon bagi kerusi/jawatan tertentu. Pilihanraya merupakan pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undi sesebuah kumpulan
Ø Pilihan raya Malaysia terbahagi dua;
Ø pilihan raya umum
Ø pilihan raya kecil
Kebaikan
Ø Kerajaan yang ditubuhkan adalah merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Ø Kerajaan perlu memikat hati rakyat dengan menjalankan tugas secara terbuka supaya mereka akan terpilih sekali lagi untuk menjadi ahli parlimen pada pilihanraya akan datang.
Keburukan
Ø Perjalanan sistem kerajaan demokasi adalah agak lambat.
Ø Membebankan kerajaan. Ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat.
Ø Cenderung untuk membuat keputusan yang popular berbanding keputusan yang tepat
Latar Belakang Kerajaan Parlimen di Malaysia
> Konsep kerajaan berparlimen mula diperkenalkan di Tanah Melayu buat pertama kalinya pada tahun 1909 apabila Majlis Persekutuan ditubuhkan iaitu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selepas Perang Dunia ke-2, Majlis Persekutuan dan Crown Colony digantikan dengan Malayan Union (MU). MU mendapat tentangan hebat dari penduduk Tanah Melayu. Justeru itu, Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang mewujudkan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dan Majlis Raja-Raja. Penubuhan Sistem Ahli (Member System) pada 1 Feb 1951.
Syarat Kelayakan Ahli Dewan Rakyat
Ø Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut;
Ø warga negara Malaysia
Ø tidak kurang dari 21 tahun
Ø waras fikiran
Ø bukan seorang muflis
Ø tidak mempunyai rekod jenayah
Ø Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut;
Ø warga negara Malaysia
Ø tidak kurang dari 21 tahun
Ø waras fikiran
Ø bukan seorang muflis
Ø tidak mempunyai rekod jenayah
syarat lantikan :
Ø Umur 30 tahun keatas
Ø Golongan profesional yang banyak menyumbang dalam bidang-bidang tertentu
Fungsi dan kuasa Parlimen
Ø Menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang
Ø Mengenakan cukai baru, cukai tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai
Ø Meluluskan belanjawan negara
Ø Mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam /perbelanjaan kerajaan
Keistimewaan Parlimen
Ø Apa-apa prosiding dalam parlimen atau tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Ø Tidak seorangpun ahli parlimen boleh didakwa bagi apa jua yang diucapkan atau apa-apa undi yang diberi oleh seseorang ahli parlimen.
Bagaimanapun, mereka yang menimbulkan apa-apa perbincangan berkaitan dengan isu sensitif boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan Darurat. Tidak seorang ahli Parlimen pun boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa jua yang diterbitkan di bawah kuasa mana-mana satu dewan parlimen.
Bagaimana Undang-undang Dibuat?
> Peringkat Kementerian – Menteri buat draf rang undang-undang. Menteri dapatkan pandangan dan nasihat perundangan (susunan dan kodifikasi) dari Peguam Negara. Menteri dapatkan persetujuan kabinet dan beri rasional kenapa ia perlu diluluskan diluluskan di Parlimen. Rang undang-undang dicetak dan diajukan untuk kelulusan di Parlimen. Peringkat Dewan (Parlimen) dan Peringkat YDPA (Parlimen). Dipersembahkan kepada YDPA untuk persetujuan & cop mohor supaya rang undang-undang akan menjadi undang-undang apabila ia telah diperkenankan kedua-dua Majlis atau Dewan Parlimen dan juga YDPA.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
> Di Malaysia sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan Negara. Selain itu, Raja melambangkan kedaulatan dan perpaduan Negara. Raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Contohnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator. Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; namun Malaysia melalui sistem demokratik di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.
UMBRESON HENLY
07DKA14F1094
DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi mengunjungi ke blog kami yang serba ringkas ini. Setiap kunjungan anda amat bermakna bagi kami. Hello semua, hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang sistem demokrasi dan reja berperlembagaan di Malaysia. Semoga apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan dengan lebih berguna lagi, okay? ;) Selamat membaca!
SISTEM DEMOKRASI
Malaysia kini mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Keunikan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan akan akan dikupas melalui beberapa aspek iaitu konsep demokrasi berparlimen, struktur Parlimen Malaysia, sistem demokrasi di Malaysia, ciri-ciri demokrasi berparlimen, perlembagaan, keluhuran perlembagaan, kepentingan perlembagaan, ketertinggian Perlembagaan Malaysia, pindaan perlembagaan, konsep Raja Berpelembagaan, kuasa perintahan, badan Perundangan (Legislatif), badan Pelaksana (Eksekutif), badan Kehakiman (Judisiari), pilihan raya, parti-parti ploitik di Malaysia, negara persekutuan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, lambang-lambang negara, jata negera, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
dalam erti kata lain demokrasi berparlimen juga bermaksud:-
CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN
RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail menyifatkan konsep Raja Berperlembagaan dan amalan demokrasi yang dipraktikan di Malaysia adalah yang terbaik untuk negara ini dan rakyatnya.
Satu ciri unik dalam pemeintahan Malaysia ialah institusi Raja Berpelembagaan yang bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yand di-Pertua Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di-Pertua Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir.
![]() ![]()
Sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertua Agong telah mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan seperti:-
Badan Perundangan
Mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, parlimen juga merupakan badan perundangan yang betanggungjawab menggubal undang-undang
Badan Kehakiman
Mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Ianya juga boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan pihak Badan Pelaksana. Selain itu, badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri dan melaksanakan tugasnya melalui sistem mahkamah.
PILIHAN RAYA
KELAYAKAN CALON Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut: i) Warganegara Malaysia; ii) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; iii) Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dimana-mana dalam Malaysia bagi kerusi Parlimen; dan iv) Tidak hilang kelayakan Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:- i) Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau ii) Didapati seorang bankrap; atau iii) Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau iv) Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau v) Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau vi) Telah memperoleh kewarganegaraan asing.
MAISARAH JASINIH
07DKA14F1082
|