Owner Post Them Follow Dash



Umome Buddyz's Blog;

Hello!


Hello and welcome to our blog
We pour our heart and thoughts here
Best Buddyz Umome

Tagboard

⊰Chit Chat⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.


Leader: Manchoi and Umbreson
Member 1 : MaisarahJasnih
Member 2: Nur Fateha Ismail
Member 3: Osean Sidani

RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Assalamualaikum, hi semua hari ini saya nak kongsi tentang Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.


KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

Raja berperlembagaan merupakan sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua Negara. Raja berperlembagaan yang moden selalunya menggunakan konsep politik tiga serangkai. Politik tiga serangkai ini bermaksud raja merupakan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif. Kuasa Raja juga adalah terhad oleh perlembagaan Negara. Monarki mutlak bermaksud seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh. Zaman sekarang, Raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi.  Oleh itu kerajaan masih di bawah kuasa rakyat tetapi Raja mempunyai peranan tradisiional di dalam sesebuah Negara. Hakikatnya, Perdana Menteri iaitu pemimpin yang dipilih rakyat, yang memerintah Negara dan bukannya Raja. Ada juga Raja berperlembagaan yang berlandaskan sistem perwarisan atau mewarisi takhta, manakala yang lain adalah melalui system demokratik seperti di Malaysia , yang mana Yang di Pertuan Agong adalah di pilih oleh Majlis raja-raja setiap lima tahun.

Yang di Pertuan Agong

Yang di Pertuan Agong merupakan seorang Raja berperlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh perlembagaan. Di Malaysia, Yang di Pertuan Agong berada di kemuncak  ketiga-tiga bidang iaitu kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Yang di Pertuan Agong tidak boleh didakwa dlam mana-mana mahkamah kecuali mahkamah khas. Yang di Pertuan Agong juga merupakan lambing kedaulatan dan perpaduan Negara.

Pemilihan Yang di Pertuan Agong

- Daripada kalangan Sembilan orang raja dari Sembilan buah negeri melayu yang mempunyai raja oleh Majlis raja-raja melayu

-Setiap Raja boleh dipilih menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali belum cukup umur, atau sengaja tidak mahu dipilih.










DEMOKRASI BERPARLIMEN

Demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dengan rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih. Amalan demokrasi ini dilakukan melalui pilihan raya bagi memilih wakil-wakil dalam badan perundangan dan berperanan untuk membentuk kerajaan dan menjalankan pemerintahan. Rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihan raya umum. System ini berkonsepkan ‘kerajaan rakyat’ oleh rakyat dan untuk rakyat. Terdapat dua jenis bentuk kerajaan demokrasi iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Kita sendiri tahu di Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen menetapkan Raja atau Perdana Menteri mempunyai simbolik.  Semasa menjalankan pilihan raya, parti politik yang mendapat kerusi majoriti di dewan rakyat akan mengetuai pentadbiran Negara.


PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Kuasa legislative persekutuan terletak pada parlimen yang mengandungi Yang di Pertuan Agong dan dua majlis yang di namakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Pentadbiran perundangan di peringkat persekutuan selalunya di pegang oleh perdana menteri ahli-ahli cabinet dan ahli-ahli parlimen yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Di peringkat kerajaan negeri pula, tugas pentadbirannya dijalankan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri, majlis mesyuarat kerajaan negeri serta ahlli dewan undangan negeri.


PENTADBIRAN (EKSEKUTIF)

Kuasa pentadbiran terletak pada Yang di PErtuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan jadual kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Oleh itu, kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri cabinet yang dilantik.


KEHAKIMAN (JUDISIARI)

Doktrin pengasingan kuasa meletakkan  badan kehakiman ada kebebasan dari campur tangan. Kebebasan kehakiman tentang jawatan dan pendapatan adalah terjamin mengikut perlembagaan.






NURFATEHA ISMAIL
07DKA14F1076